Kuliah:Hadiri semua kuliah dan aktiviti akademik berkenaan kecuali dikemukakan segera dokumen dengan alasan kukuh seperti medical leave, surat HEP, HEA, Kementerian dan seumpamanya sendiri atau melalui rakan.
Bersedia sebelum hadiri kuliah isu yang telah dibincang dalam kuliah yang lalu dan isu yang akan dibincang untuk kuliah berkenaan. Baca, bincang dan bersedia bukan sahaja peralatan pembelajaran malah
pastikan anda hadir awal.
Pembentangan:Berbeza antara individu dengan markah penuh 10% walaupun bentang secara berkumpulan. Kemantapan pembentangan mestilah ditambah dengan menjawab verbal soalan rakan sekelas dan pensyarah pemerhati. Peluang pembentangan hanya diberikan sekali bagi setiap calonKertas Kerja Kursus:Markah perolehan sama rata untuk semua penyedia. Markah penuh 15%. Mesti dihantar selewatnya seminggu selepas pembentangan tetapi
mestilah sebelum aktiviti kuliah berakhir sekiranya tajuk pembentangan anda dijadual pada minggu-minggu akhir.
Ujian:Sila prehatin dan dapatkan tarikh, masa dan tempat yang tepat akan dimaklumkan dalam kuliah. Jika anda terlewat hadir atau terpaksa tidak hadir mesti sentiasa tanya perkembangan dan maklumat semasa yang mungkin anda tertinggal. Markah Ujian 15%.
Peperiksaan Akhir:Carry mark akan dimaklumkan dari masa ke semasa dalam talian. Sila hubungi saya segera untuk sebarang kekeliruan dan kesilapan teknikal yang mungkin berlaku. Sila semak nama, no pelajar dan markah untuk tindakan seterusnya. BERSEDIA untuk peperiksaan akhir anda rohani dan jasmani. SRD, Tag nama dan Dokumen-dokumen Peperiksaan Akhir, maklumat tempat, masa dan seumpamanya MESTILAH sempurna dan terjaga.
Sila hadir SEJAM sebelum peperiksaan akhir bermula dengan persediaan cukup. Mulakan dengan doa, seeloknya dalam wudhu' dan puasa :-) . Pastikan kesihatan termasuk pemakanan, tidur, rehat, riadah dan seumpamanya terjaga terutama sepanjang musim peperiksaan akhir. Jangan lupa pohon doa restu ibubapa dan para pensyarah yang membimbing untuk semua kursus anda. Selamat maju jaya, semoga bahagia di dunia dan akhirat ...